December 7, 2013

TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU TETAP KU KENANG :(


Malam nie iqa agak sedih jgak sebab tadi kawan iqa mesej dan cakap cikgu yang mengajar Bahasa Melayu kiteorang mase sekolah rendah dulu dah kembali ke Rahmatullah :( Mase kawan iqa mesej tadi pon iqa tak berapa nak percaye jgak . Tapi dorang cakap Si Cicak anak kepade ustazah Zaini dan merupakan salah seorang guru yang mengajar di SKBR bersama dengan arwah yang bagitahu bahawe Cikgu Norizan dan meninggal :(

Hajat iqa nak pergi jengguk cikgu-2 mase sekolah rendah dulu dan yang pasti iqa nak jumpe dengan arwah cikgu norizan. Tapi disebabkan tiada mase yang lapang iqa tak berkesempatan nak pergi dan sekarang nie arwah dah pergi menghadap ilahi. Arwah meninggal pada pagi tadi, pukul berapa iqa tak pasti.

Cikgu Norizan merupakan cikgu BM iqa. Arwah mengajar iqa dulu dalam kelas 6 Gemilang. Mase tuh iqa merupakan salah seorang anak didik kesayangan arwah jgak sebab iqa selalu dapat A dalam sebjek bm * bukan nak bangge diri. Mase iqa amek result UPSR dulu, arwah laa orang pertame yang memeluk iqa sebab berjaya dapat A dalam bm penulisan dan pemahaman. Cikgu mana tak nak tengok anak murid dye berjaya kan ?? Syafiqah harap cikgu tenang di alam sana :( TERIMA KASIH  CIKGU :(

No comments:

Post a Comment

Thanks for leave your comments :D