November 30, 2013

Si Kucing Hero Dalam Kenangan

Assalamualaikum ?? selamat pagi. Dah lame iqa tak mengupdate blog Ehh ?? padahal baru 3 hari .Heee~~ tapi dalam 3 hari tuh rase lame pulak. Yes, kawan yang pinjam lappy nie dah pulangkan lappy balik. Sukenye dapat on9. hehehe. Urmmm, pagi tadi iqa sempat tengok nasi lemak kopi o dekat tv9 dan tengok-2 pon mase dah nak habis time dorang citer pasal Kucing Hero. Ehh , Hero ?? Yup Hero kucing yang telah dipotong kedua tangannye sebab mencuri. Pasti semua orang dah tahu kan. Tapi sekarang kucing tuh dah mati sebab penyakit leukemia. Agak sentap jgak sebab masih ade manusia yang sanggup menganiayai binatang seperti kucing dan kucing merupakan haiwan kesayangan nabi kita :( Mase tengok NLKO tadi iqa pon menangis sebab terharu dengan kisah kucing tu. Yelaa iqa pon suka bela kucing. Suka dan sangat suka. Tapi sekarangn nie salah soker kucing iqa sakit. Harap dye cepat sembuh :( Okey lah nie kisah Hero semasa ditemui dalam keadaan kakinye dipotong



~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~ 

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. 

Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya. Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. 

Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain. 

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. 

Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 ) Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. 

Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da.... 

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi..

Dipetik daripada :blogkakimotong

4 comments:

  1. Sampai hati orang tu buat macam ni :(

    ReplyDelete
  2. yup. mmg takde perasaan langsung :(

    ReplyDelete
  3. al tag syasya http://alfirahana.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-izzah.html

    ReplyDelete

Thanks for leave your comments :D